Ya Allah, aku sudah lupa bila kali terakhir aku menulis dalam blogger ini. Aku sedar bahawa blogger aku ini tidaklah mendapat perhatian tetapi ini tidak sepatutnya membuatkan aku untuk berhenti menulis.
Bermula pada tahun 2011 aku membuka blog atas faktor minat dalam penulisan dan suka berkongsi apa-apa perkara yang pada aku perlu untuk dikongsikan. Hari ini (05/09/21 - Ahad) aku membuka blog tanpa sengaja apabila aku ingin mencari artikel tentang "Bagaimana pertanian menjana pendapatan". Aku tidak mahu kongsi tentang pertanian, tetapi aku ingin kongsikan reaksi aku apabila membaca semula penulisan yang aku kongsikan pada 2011 dalam blog ini.
Aku scroll (tatal) dari awal aku mula post tulisan aku, Ya Allah Ya Tuhanku, ayat acah-acah pelajaran tinggi, susah betul hendak faham. Bahasa yang entah apa-apa, hahaha. Tetapi aku pilih untuk tidak memadamnya kerana itu ialah titik permulaan aku dalam penulisan ini. Satu per satu aku membacanya semula, seolah-olah kita imbas kembali posting di Facebook yang tidak sepatutnya kita post. Malu sendiri je. Geli hati betul aku bila baca semula semua yang telah aku tulis.
Banyak yang ingin aku kongsikan (sekadar yang perlu). Bukanlah untuk menjadi ikutan hanya sekadar kongsi pengalaman hidup aku sebagai seorang manusia biasa. Tahun 2011, titik permulaan aku ke alam Pengajian Tinggi. Walaupun hanya sekadar Diploma, aku bersyukur kerana diberikan keizikan oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran (walaupun swasta :D).
Macam-macam pengalaman yang aku lalui ketika zaman IPT, baik, nakal, warak semuanya ada. Suasana belajar ini tetap akan segar dalam ingatan walaupun lagi tiga tahun aku akan mencapai umur three series. Pahit manis mainan perasaan pun aku pernah rasa, biasalah orang bercinta kau pun nak ikut. Tentang ini aku tidak mahu bercerita panjang kerana itu bukanlah benda yang aku pentingkan sekarang.
2013 aku berjaya mendapat segulung diploma, bukan mudah kerana pada semester pertama, peperiksaan akhir sem ramai yang terkandas termasuk aku yang hanya dapat CGPA paras hidung. Ramai kawan-kawan yang berhenti kolej, aku juga terfikir benda yang sama. Terkenangkan bukan mudah laluan aku untuk sampai ke sini (Marang, Kolej Multimedia Timur anak syarikat Universiti Multimedia), aku gagahi juga langkah aku untuk semester berikutnya.
Alhamdulillah, hampir 7 tahun aku menamatkan pengajian, kawan-kawan aku yang aku boleh gelar sahabat masih lagi berhubung antara satu sama lain.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment