Friday, 30 November 2012

Dunia Maya : Kemaruk Habis Masa Terpedaya (KHMT)


Ade yang bertanya, tak pakai facebook ke, dengan bersahaja aku menjawab ada..selalu on9 ke, sekali lagi dengan bersahaja, 
tengok keadaan, selalu on9 pun boleh jadi bosan, tapi aku on9 je macam orang lain, aik kenape tak nampak pun..hehehe, (ok, mase ni untuk aku pangkah dia)
aku tidak hidup didalam alam maya, 
bukan jenis aku hidup di alam maya, 
biarlah aku ni banyak tak update status, 
sikit pun tak menyakiti hati mana-mana individu, NGO dan Badan2 Korporat dan yang lain, 
kalau main game, kalah menang aku sikit tak hairan (game pun maya jugak kan) cuma ada seketika bersorak gembira, 
bagi aku benda maya ni hanya untuk mengisi masa sahaja, online 10 minit pun dah mengeluh. 
Kemudian bila lepak ngan kawan - kawan, seorang mula buka cerita pasal watak game..
hurm..terdiam den sejengak tengok pada raut muka mereka yang begitu serius berbicara tentang watak tersebut, 
ada juga yang suka digelar sebagai Gamer yang (bagi aku) kalau dikejar tidak kemana, 
walaupun aku tidak sepandai mana, tapi aku tahu, ramai diluar sana menjadi mangsa pada alam maya ini, 
salah satu permainan yang tiada penghujungnya yang digilai oleh ramai remaja dan budak hingusan iaitu Dota,
 ya memang aku tidak menumpahkan darah aku pada permainan tersebut, 
tetapi 1-10 aku boleh bagi 6 orang yang menghabiskan masa di hadapan komputer riba atau komputer peribadi, 
mereka kelaur pun jika ada urusan yang bersangkut paut pada batang tubuhnya (jangan salah faham dengan kenyataan ini). 
Contoh yang lain, bukan tentang game tetapi laman sosial, 
aku tidak menafikan bahawa laman sosial ini penting untuk generasi sekarang, 
tetapi adakah kita sedar bahawa sudah ramai yang kemaruk dengan laman sosial, 
salah satunya facebook sendiri (aku pun pakai, cukup sekadar hendak tahu berita dunia, dalam negara, sukan, kolej, setempat dan ilmu) tetapi lainlah jika mereka yang berniaga secara atas talian (online).
penggunaan facebook ini pada tahap membimbangkan diamana ada diantara budak berusia 7 tahun sudah tahu apa itu facebook, 
malahan ada segelintir manusia bawah umur mempunyai akaun facebook dengan menipu tarikh lahir. 
Mereka ini dalam golongan yang masih tidak mengetahui ancaman yang ada dalam alam maya ini. 
Ada segelinitr manusia yang aku kenal, mereka ialah pengguna blackberry, satu hari jika tiada talian internet dan mereka merungut dengan masalah itu..
haih apa nak jadi, itu pun belum tertinggal BB/smartphone/phone di rumah. 
Bagaimana tahap kerungsingan mereka ini, aku bukan seorang yang anti/menyampah/benci dengan dunia maya ini, 
tetapi apa yang aku lihat sekarang bagaimana dunia maya 
ini boleh merasuk dalam sanubari manusia generasi sekarang dan dapat mengawal minda manusia dengan cara 
tiada dunia maya tidak sah. Kenyataan ini dibuat daripada pengalaman sendiri, 
mungkin ada watak yang dah terkena pada kenyataan ini, 
dengan itu sepuluh jari saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada watak - watak yang terkena tu, 
yang baik datang dari Allah, manakala yang buruk datang dari diri saya yang juga melakukan dosa. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment