Sunday, 5 September 2021

Dari 2011 ke 2021

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ya Allah, aku sudah lupa bila kali terakhir aku menulis dalam blogger ini. Aku sedar bahawa blogger aku ini tidaklah mendapat perhatian tetapi ini tidak sepatutnya membuatkan aku untuk berhenti menulis. 

Bermula pada tahun 2011 aku membuka blog atas faktor minat dalam penulisan dan suka berkongsi apa-apa perkara yang pada aku perlu untuk dikongsikan. Hari ini (05/09/21 - Ahad) aku membuka blog tanpa sengaja apabila aku ingin mencari artikel tentang "Bagaimana pertanian menjana pendapatan". Aku tidak mahu kongsi tentang pertanian, tetapi aku ingin kongsikan reaksi aku apabila membaca semula penulisan yang aku kongsikan pada 2011 dalam blog ini. 

Aku scroll (tatal) dari awal aku mula post tulisan aku, Ya Allah Ya Tuhanku, ayat acah-acah pelajaran tinggi, susah betul hendak faham. Bahasa yang entah apa-apa, hahaha. Tetapi aku pilih untuk tidak memadamnya kerana itu ialah titik permulaan aku dalam penulisan ini. Satu per satu aku membacanya semula, seolah-olah kita imbas kembali posting di Facebook yang tidak sepatutnya kita post. Malu sendiri je. Geli hati betul aku bila baca semula semua yang telah aku tulis. 

Banyak yang ingin aku kongsikan (sekadar yang perlu). Bukanlah untuk menjadi ikutan hanya sekadar kongsi pengalaman hidup aku sebagai seorang manusia biasa. Tahun 2011, titik permulaan aku ke alam Pengajian Tinggi. Walaupun hanya sekadar Diploma, aku bersyukur kerana diberikan keizikan oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran (walaupun swasta :D). 

Macam-macam pengalaman yang aku lalui ketika zaman IPT, baik, nakal, warak semuanya ada. Suasana belajar ini tetap akan segar dalam ingatan walaupun lagi tiga tahun aku akan mencapai umur three series. Pahit manis mainan perasaan pun aku pernah rasa, biasalah orang bercinta kau pun nak ikut. Tentang ini aku tidak mahu bercerita panjang kerana itu bukanlah benda yang aku pentingkan sekarang. 

2013 aku berjaya mendapat segulung diploma, bukan mudah kerana pada semester pertama, peperiksaan akhir sem ramai yang terkandas termasuk aku yang hanya dapat CGPA paras hidung. Ramai kawan-kawan yang berhenti kolej, aku juga terfikir benda yang sama. Terkenangkan bukan mudah laluan aku untuk sampai ke sini (Marang, Kolej Multimedia Timur anak syarikat Universiti Multimedia), aku gagahi juga langkah aku untuk semester berikutnya. 

Alhamdulillah, hampir 7 tahun aku menamatkan pengajian, kawan-kawan aku yang aku boleh gelar sahabat masih lagi berhubung antara satu sama lain. 

Bersambung..

Friday, 30 November 2012

Dunia Maya : Kemaruk Habis Masa Terpedaya (KHMT)


Ade yang bertanya, tak pakai facebook ke, dengan bersahaja aku menjawab ada..selalu on9 ke, sekali lagi dengan bersahaja, 
tengok keadaan, selalu on9 pun boleh jadi bosan, tapi aku on9 je macam orang lain, aik kenape tak nampak pun..hehehe, (ok, mase ni untuk aku pangkah dia)

Thursday, 15 March 2012

HIKMAH DARIPADA DEMAM

 RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, 9 February 2012

Sekarang sudah ramai.

Assalamualaikum saudara aku semua,dalam post kali ni aku nak cerita tentang terlalu berbangga,sifat bangga memang ada dalam setiap diri manusia,malahan aku sendiri pun bangga kalau dapat buat sesuatu yang orang lain tak buat(tapi bukan buat perkara yang negatif,masih aku fikir maruah aku sebagai seorang Islam)....

Saturday, 22 October 2011

Lebih Bik Dari Semalam

Ramai yang mungkin sudah dengar perkataan itu tapi hanya berapa orang sahaja yang betul-betul memahaminya dan hanya beberapa orang sahaja yang memahaminya dan melakukannya.....

Friday, 22 July 2011

SEMANGAT BERSAMA.

Assalamualaikum,Alhamdulillah kita masih boleh menghirup udara segar yang dipinjamkan oleh Allah,sekarang aku belajar kat Multimedia College Eastern kat Terengganu,mula-mula malu nak tegur sesama sendiri,tapi,semua jadi rapat seperti adik bradik,nak kongsi sikit tentang kehidupan dalam ni,semua ok,x ramai yang sombong,sambutan birthday yang paling terbaik sekali.,aku sertakan gambar - gambar sambutan bday kawan aku kat korang,

Tuesday, 21 June 2011

PERHIMPUNAN BERSIH

Assalamualaikum semua,buat masa ni,aku nak cakap sikit pasal Perhimpunan Bersih 2.0 ni,Perhimpunan ni mula berhimpun pada tahun 2007,seperti sedia maklum,memang ada undang-undang yang membolehkan rakyat Malaysia untuk membuat perhimpunan aman tanpa senjata dan pihak polis perlu menjaga keselamatan kumpulan tersebut.Kenapa kerajaan takut akan perhimpunan ini,mungkin takut terjadi seperti di Tahrir Square,Mesir,berjuta manusia menumbangkan Presiden yang membunuh rakyat Palestin yang menggunakan terowong bawah tanah,kerajaan tak perlu takut dan membuat bermacam tomahan yang buruk tentang perhimpunan ini jika mereka tidak membuat salah.Tapi aku yang berumur !* tahun ini,risau juga kalau BN terus memerintah sehingga umur aku 50,mungkin sekilo gula boleh menjadi RM6.50,aku taknak berlaku pada generasi akan datang.Dengan adanya perhimpunan ini,rakyat dapat melihat sendiri dolak-dalaih SPR dan Kerajaan untuk mempertahankan sistem yang kotor lagi tidak diterima akal supaya BN dapat memerintah dengan rakus selama-lamanya,aku ingin pesan pada diri aku sendiri dan orang lain,Allah itu Maha Mengetahui,wahai kawan-kawanku,bergeraklah kamu dengan penuh keberanian untuk menuntut hak kamu sebagai rakyat Malaysia.