Sunday, 24 April 2011
BULAN KESIHATAN : PETROSAINS
Hari ini aku dengan lima orang geng Bulan Sabit Pahang pergi menjalankan tugas di Yayasan Pahang sempena Bulan Kesihatan anjuran Pertosains,yang memberi hadiah lumayan seperti vaucer minyak RM500.00 dan banyak lagi,malangnya,kehadiran tidak memberangsangkan.Pihak Petrosains memberitahu bahawa mereka sudah menjemput satu sekolah Maahaad untuk bersama dalan acara marathon itu.Pihak sekolah tersebut sudah berjanji untuk menghantar satu sekolah untuk hari tersebut,apabila pada hari tersebut (24/04/11) pihak Petrosains menghubungi pihak Maahaad tersebut tetapi gagal dan tiada seorang dari Maahaad datang pada hari tersebut.Pada bulan hadapan,pihak Petrosains akan membuat Bulan Muzik.Semua dijemput hadir kerana penyertaan adalah terbuka untuk semua.
Saturday, 23 April 2011
WARGA PAHANG BANGKIT SEKARANG !!!
Pembinaan loji nadir bumi di Taman Perindustrian di Gebeng boleh membawa kepada kesan radisi kepada penduduk di kawasan lingkungan 5KM dari tapak tersebut.Lebih parah lagi penduduk dikawasan tersebut tidak menyedari bahawa pembinaan baru itu boleh membawa kesan jangka panjang dalam kehidupan mereka.Ada penduduk yang mengetahui melalui risalah yang diberikan oleh pihak yang membantah pembinaan loji nadir bumi ini di bawah Lynas Corporation yang bertapak di Australia.
Perkara ini tdak boleh dipandang remeh oleh penduduk Pahang,pada pandangan saya,jika ingin membuat pemimpin kita fikir untuk terus membatalkan proses pembinaan loji nadir bumi ini,kita perlu tolak ke "Jepun" perbezaan tentang pandangan politik dan membantah sekeras-kerasnya tentang pembinaan ini jika mahu generasi kita tidak menjadi seperti ini gambar dibawah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku pada loji tersebut seperti di Fukushima,Jepun.Kita perlu mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa Taman Perindustrian Gebeng bukan tempat yang sesuai untuk menjadi tempat pembuangan sisa-sisa radiasi mereka (Australia)

SELAMAT BERKHEMAH SEMUA
Pada semua murid SMK Bukit Rangin yang pergi khemah unit beruniform tu,berkhemahlah dengan berhemah,dengar arahan camp com penghulu,pen.penghulu dan ketua unit uniform masing-masing,saya kepunan duduk saja dalam rumah,jadi buat ex-unit uniform BSM,buat yang terbaik.Ada dua orang perempuan yang saya masih ingat dengan perangai diorang yang manja dan tak banyak bercakap,Yushini dan Natash,dua orang ni nanti,balik mesti bawa hamper untuk malam kebudayaan nanti.
Thursday, 14 April 2011
UNTUK ORANG SARAWAK
18.04.2011 tarikh pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke 10.Dengar cerita kan,parti yang bertanding sedang berkempen dengan sengit tidak di DUN sebelum ini.Mungkin angin perubahan akan berlaku secara besar-besaran di Sarawak,itu hanya pandangan peribadi sahaja,tidak ada kena-mengena antara yang masih hidup,yang tiada dan yang hidup segan pergi tak mahu.SELAMAT MENGUNDI.
Wednesday, 13 April 2011
DENGAR CERITA
Maher Zain sekarang telah membuat satu lagu hasil bersama Awakening Recording tahun ini yang bertajuk Freedom.Mari kita dengar lagu ni di video bar di sebelah Mr.Bean tu.
5 TERAMPIL 2010
Ada juga idea nak buat reunion,tapi yang tengah kusut sekarang ni nak buat bila,aku terfikir nak buat pada 2015,semua cakap lambat lagi,aku rasa dah ok dah tu,baru syok bila dah nak jumpa perasaan malu,segan(bukan sama ke?) macam-macam lagi la dalam fikiran kawan-kawan aku ni.Apapun aku harap semua warga SMK Bukit Rangin termasuk pak cik kantin,tukang cuci,pok gard,kerani,murid,cikgu dan pengetua terus menjaga nama baik sekolah.
BELAJAR DARIPADA ORANG JEPUN
Apa perasaan anda kalau orang atasan anda cakap anda bodoh?Paling ringan buku lima singgah di muka.Berbeza di Jepun,kalau orang atasan atau sesiapa sahaja mengatakan bahawa dia ni bodoh,jawapanya terima kasih,esok saya pastikan saya tak bodoh.
SIKIT PUN TAK RUGI
Assalamualaikum semua pada seluruh umat Islam dan salam sejahtera pada yang bukan Islam.
Dalam sikit pun tak rugi hari ini ialah kalau kita senyum dan bertanya khabar pada mereka yang mengutip sampah bagi menjaga kebersihan sekeliling kita.Kalau difikirkan semula,kalau semua orang tidak mahu untuk buat kerja itu,berapa banyak sampah yang berlonggok di kawasan perumahan kita.Jadi,apa yang anda semua tunggu lagi,ubah perspektif diri masing-masing dari sekarang.TANPA KOMPROMI.

Subscribe to:
Comments (Atom)